ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

Friday, September 27, 2013

saya rasa sedih sebab.................

Asaslamualaikum :( saya sedih sebab saya nak pergi ke sarawak berjumpa dengan sepupu saya yang bernama Sharifah mariam insyirah dan Sharifah fathin nasuha dan banyak lagi saya berharap-harap sangat.OK lah asalamualaikum.
tengoklah blog "blogcomelsaya Mariam Insyirah menulis"

Tuesday, September 24, 2013

24 sept? cuba teka hari jadi siapa?

Asalamualaikum hai lama juga ya saya pergi Sarawak kan! sekarang 24 sept cuba teka cuba teka!
jawapannya hari ini hari jadi saya! hehehehehe sempat lagi ketawa ya^^saya suka ketawa! eh puji diri sendiri pulak.Okeylah itu saja bye! 

Friday, September 13, 2013

Sahabat sejati

Asalamualaikum,hai saya nak bagitahu tentang sahabat mungkin saya ada bagitahu tentang saya bergaduhkan saya marah tapi saya dah maafkan dia harap-harap dia berubah.AMINNNNN.
Kalau saya jadi dia saya mesti dah minta maaf.Lagu diatas mengisahkan tentang sahabat^^
sebab tulah saya nak cerita dengan tu kan  saya harap-harap dia berubah^.^

Sayang menyayang sesama islam!

Asalamualaikum saya nak bagi tahu yang sekarang dah akhir zaman jika ada salah dengan orang lain jangan lupa minta maaf! kalau orang lain ada masalah dengan kita, kita maafkan ajalah.Kalau dia ejek kita, kita sabar ajalah(>.<)
Kita sepatutnya bergeng tau!
Orang yang taknak kawan dengan kita biarlah.Saya nak pantun:
Makan belah kanan itulah adat,
Abang akak silakan makan,
Apa yang kita buat,
Malaikat pasti akan catatkan.
^^

Thursday, September 12, 2013

muslimah bersaudara

Asalamualaikum saya nak bercerita tentang bersaudara.Mungkin kita tiada rakan.Jika kita tiada rakan,kita patut bersyukur kerana kita masih ada ibu bapa kan.Macam saya rakan-rakan saya semua tidak mahu berkawan-.-.Kesian.
Kata-kata terakhir MUSLIMAH BERSAUDARA.

Muslimah terangilah jiwa mu



Asalamualaikum  saya ni,hai saya rasa sebagai orang islam kita kena terangi jiwa dengan solat fardhu,puasa dan macam-macam lagikan.Saya rasa kalau kita nak pahala lebih kita solat sunat,puasa sunat kan.Kita dah janji dengan Allah untuk setia dengannya.Sebab itu kalau kita dah buat salah mesti taubat.Saya nak kata tambahan(SOLAT SOALAN YANG PERTAMA DITANYA DIPADANG MASHA)

Gegarkan israel

Asalamualaikum,saya nak bagitahu tentang palestin.Kesian kan.Kalau diaorang bebas kan bagus! Nak main pun susah kan.Diaorang pun kena jajah oleh israel.Eeeeee kesiannya.
kalau saya boleh tolong kan baaagus!
Tengok gambar kat atas kesian dia kena tangkap kan!
Kata-kata terakhir FREEDOM FOR PALESTINE^^

Wednesday, September 11, 2013

Cara-cara masak nasi


ihsan : GOOGLE



Asalamualaikum saya nak bagi CARA-CARA MASAK NASI:

1.Masukkan beras mengikut sukatan (suka-suka hatilah)

contohnya : hendak masak 2 cawan beras.

2.Cuci beras terlebih dahulu sebanyak 3 kali.

3.Sukat air mengikut sukatan beras.

contohnya: 2 cawan beras = 2 cawan air.

4.Lap dulu periuk nasi (supaya tidak basah) ,kemudian dimasukkan ke dalam 'rice cooker'.

5.Pastikan suis dihidupkan.(saya selalu terlupa hidupkan suis hihihi)

Mudahkan.?? Kawan-kawan pun boleh buat sendiri^^.

Menghias blog.

Asalamualaikum,saya ni Nabila.^^.
Saya baru siap menghias blog! besttt sangat-sangat!!!!
Saya rasa blog saya dah cantik!!!KAN KAN KAN
Cuba tengok semua ni cantik tak?
Cantik kan?
Kalau nak cantik hias lah
Kata-kata terakhir jangan cemburu!!

Nak jadi muslimah berjaya dunia akhirat?

Asalamualaikum saya nak cerita sikit tentang menjadi muslimah berjaya.
CARA-CARA NYA:-
1.Jangan berpakaan ketat.
2.Jangan bersanggul tinggi sangat.
3Tudung mesti labuh.
Dh lah nak tengok TV bye

Tuesday, September 10, 2013

Sarawak aku datang!

Asalamualaikum saya nak pergi ke Kuching Sarawak!
tak sabar-sabar pulak! saya nak pantun sikit
Dah jangan main gasing,
Sate ayam sudah dipanggang,
asalamualaikum warga kuching,
Sarawak aku datang!!!!!!!!!!.
Seronok tak dengar pantun? kalau nak lagi tengok lah ayat esok.Ok lah saya nak tanya ada tak pembaca-pembaca blog kampung kat sarawak? macam sikit aje? tak sebenar nya bukan ape tapi...........KAMPUNG SAYA DI SARAWAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.
Tak sabar nya.Ok lah BYE

Makanan paling tersedap di dunia

Asalamualaikum saya nak bagitahu tentang makanan paling sedap.
Makanan tersedap bukan lah di KFC atau MD cuma ia berada di rumah.Nak tahu tak kenapa?sebab chef nya ada di rumah! nak tahu siapa?hehehe mesti lah Mak,Umi,Mama,Mami dan Mother kan!
mesti lah macam Mama saya buat makanan lagi sedap.
jadi untuk sesiapa yang memilih makanan macam saya ,Mama saya yang cakap lah jangan memilih makanan.
OK lah asalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu!kata-kata terakhir
jangan pilih-pilih makanan!
BYE-BYE

Monday, September 9, 2013

Gembiranya bercuti!

Asalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog saya.Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini.Walaupun saya tidak beberapa pandai menulis.Maaf kalau saya tersalah tulis! maaf kan saya.Eh banyak nya saya tulis tidak kena mengena.Sebenar nya saya nak cerita sedikit tentang cuti di sekolah saya.Hari ini hari Isnin,jadi hari ini budak darjah 1 direhatkan tetapi hari Selasa,Rabu,Khamis, darjah 2-5 pula direhatkan.Tak sabar nya! ok lah.Kata-kata terakhir ASALAMUALAIKUM.

Sunday, September 8, 2013

BOSAN NYA!!!!..............

Asalamualaikum semua, saya baru buat kali pertama tadi dah rasa bosan sangat-sangat lalu saya pun buat yang baru.Tadi saya baca blog mama saya,nama blog dia "terapi hati".
Mama saya lah yang buat blog kat saya bertuah saya syukur Allahdullillah.Saya banyak tanya mama saya contoh nya "maaa macam mana nak view blog?".
Itu ayat yang saya asyik tanya mama saya.
Okey lah itu sahaje saya nak bagitau .Kata-kata terakhir asalamualaikum.

Kali pertama membuat blog

Asalamualaikum!kepada semua yang membaca.Saya baru sahaja mula membuat blog buat kali pertama.Saya tahu saya tidak berapa pandai mengguna blog,tetapi saya berusaha membaiki kelemahan saya.insya Allah."MANJADDA WAJADDA" "siapa yang berusaha pasti ia akan berjaya.